You are viewing [info]zaini_tomoyo's journal

Khop Khun Kha....(Terima kasih) dan 2010...

  • Dec. 15th, 2009 at 12:25 AM

Fuh!!! Berhabuk blog aku nie, mahu tebalnya berinci-inci. Terpaksalah vakuum dan lap sikit sbelum ia berhabuk kembali...(errk?)

Salam dan haii semua...
Sudah hampir tiga bulan aku x update blog nie...sengaja menyepikan diri...

Apapun, dlm kesempatan ni aku nk ucapkan jutaan terima kasih buat semua member yg wish birthday utkku pd 10 Disember lepas dlm FB, Friendster dan SMS...terima kasih, thank u, syukran dan khop khun kha (Thai) yg tak terhingga buat kalian...aku hargai ingatan kalian! Sayang kamu semua! =D Oh ya, aku jg byk mnerima wish drp rakan2 yg x pernah bersua muka dan bertepuk tampar tp apapun terima kasih buat kalian. Semoga Tuhan merahmati kalian semua...

Birthday yg lepas aku happy sgt sebab my lovely sis hadiahkan beg HP bsama teddy bear berbaju pink yg sgt comel! My mama pula buatkn cheesecake fav aku (buat kt kedai la) sbg ganti kek berlilin tuh...thanks all, love u all very much....

2010 bakal menjelang beberapa minggu lagi...jd harapanku semoga tahun yg mendatang menjanjikan segala yg terbaik buat hidupku...cukuplah selama hampir setengah tahun ini aku sudah byk berendam air mata (menangis dlm diam) kerana hasrat yg tak tercapai, tp tak mengapalah, aku anggap itu semua sbg cabaran dan pendorong buat diriku utk mneruskan hidup di alam fana ini. Aku tetap bulatkan azam semoga thn 2010 akan menjanjikan sinar buat diriku, Insya Allah. Apapun, aku bersyukur sebab dlm kegetiran hidup yg melanda, family especially my sis n mama sentiasa memberi sokongan & dorongan supaya aku sentiasa kuat dan cekal...thanks mum! =)

Hopefully, there's no more anyone keep asking, asking and asking about my current status...hate it! Anyone out there who don't understand about what I'm felt only knows how to ask, not to understand it. So, just keep me alone and mind ur own business!
--
maaf andai apa yg aku katakan ini mungkin akan menyinggung pihak berkenaan tetapi itulah kenyataannya - saya tak suka diasak seribu pertanyaan; "awak buat apa sekarang ini?" "dah kerja ke?" "tak sambung master ke?" --TOLONG jangan tanya lagi soalan sebegitu. Buat masa ini saya sendiri tidak mahu ambil tahu apa orang lain lakukan skrg ini, jd harapnya pihak yg berkenaan jg boleh menghormati pendirian saya...TERIMA KASIH.

Aku jg tlh merancang ssuatu utk 2010 nanti. Apa dia? Nantikan kemunculannya...(suspen skit)

p/s: Penyakit ketagihan novel dan kedai buku sedang membuak2 waktu ini...ahaksss!!! XP

Coretan Ramadhan

  • Sep. 9th, 2009 at 9:48 AM

Pejam celik sudah masuk hari yang ke-19 kita mengharungi bulan Ramadhan. Memasuki fasa terakhir Ramadhan (10 mlm terakhir) kita akan menyaksikan 2 golongan;
1- menangis dan bersedih kerana akan berpisah dgn Ramadhan yg mungkinkah kita akan bertemu lagi nanti. Rasa sayunya seperti nk berpisah ngan kekasih hati yg sgt dicintai.
2- bergembira mengalahkan bebudak kerana nk celebrate hari raya. golongan kedua ni memg x sabar2 lg menanti 1 syawal sebab seminggu sbelum puasa lg dh start main lagu raya kat laptop, radio. shopping raya jangan cerita. semua dah get ready (serba serbi baru dari hujung rambut hingga hujung kaki) tinggal nk tunggu takbir raya je. semangat nk berhari raya mengatasi semangat beramal di bulan Ramadhan.

Apa yg aku maksudkan bukan nak kata tak boleh sambut raya. Tp aku rasa terkilan kerana minda kita ni mcm dah diset utk bersuka ria, berseronok sehingga melampaui batas. sedangkan kita sepatutnya lebih menghayati bulan Ramadhan yg lebih baik drp 1000 bulan tu. masa aku bebudak dulu aku pun begitu juga - nak raya. tapi sekarang ni barulah kurasakan betapa "precious"nya ramadhan. doa mudah dimakbulkan oleh Allah kerana kita berpuasa, al-Quran diturunkn dlm bulan ni, kehadiran Lailatul Qadar pd 10 mlm terakhir, kegembiraan ketika berbuka puasa (bkn kerana juadah yg byk.) Malah puasa juga mendidik kita supaya bersabar dan mensyukuri nikmat Allah yg x terhingga. Yelah, kalau bulan biasa mulut kita ni mcm payah nk control, bila puasa ni sedikit sbyk terkawal la gak. Kurang nk mengutuk, mengumpat, mencaci.

Syawal dan Hari Raya. hari kita kembali ke fitrah setelah mengharungi ujian di bulan Ramadhan. Sepatutnya kita sambut dgn penuh kesyukuran bkn penuh kemaksiatan. Mcm lepas geram, maklum selama sebulan byk yg tak boleh buat. Kalau tgk rancangan di TV, semuanya rancangan  yg bukan2 - hiburan sajalah semata2. Konsert, nyanyi2, filem ntah apa2.  Ingatlah Aidilfitri bukannya pesta.

Moga2 Ramadhan kali ni - sehingga mlm yg terakhir mampu menginsafkan kita, mengembalikan kita ke fitrah agar kita dpt menyambut 1 Syawal nanti dgn penuh kesyukuran. Semoga "mood" kita utk mneruskn ibadah puasa di bulan ini masih ada lg sehingga mlm terakhir nanti.
Wasalam

Ikhlas drpku...



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

  • Aug. 20th, 2009 at 10:13 AM

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Semoga amalan kita pd tahun ini mendapat keberkatan & keredhaan drp Allah S.W.T...





      
Aku memg gementar abis + blur masa ni




fuhh! akhirnya...


keluarga yg sentiasa menyokong perjuanganku dlm menuntut ilmu di menara gading




rakan seperjuangan - susah dan senang selama 3 tahun...thanks 4 everything, Ila! Miss u much


Kolej 10 - "rumah kedua" selama 3 thn - kolej byk monyet...ha3




errrk???




lepas konvo...gian pakai jubah he3






  • Leave a comment
  • Add to Memories
  • Share
  • Link

Ogos...

  • Aug. 2nd, 2009 at 12:58 AM

Alhamdulillah dan Insya Allah...detik itu pasti akan tiba - 14 Ogos 2009



Kena tagged oleh Lina Furelna...

  • Jul. 30th, 2009 at 2:24 AM


1.My Name : Zaini Tomoyo =P
2.My Birthday : 10th December....
3.Who tagged you : cik kak kita...Lina Furelna [info]lina_magnus 
4.Name 5 best friends : Alamak! Dlm blog ni cuma ada 2 org member jek - seorg tu ialah kakak kandungku sendiri!

5.What do you wished for birthday : Kejap, byk nak fikir nih tp yg penting skali - semoga dipjgkan umur (sempat la nk cari bekalan amal di "sana" nanti, huk3), semoga dikurniakan kesihatan yg baik supaya dpt mneruskan kehidupan di dunia ni dgn baik le juga; semoga aku beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia n akhirat, Insya Allah...;semoga dpt bertemu jodoh yg juga mengajakku utk mencintai Allah s.w.t, huk3!

6.Happy things that happened recently : Nothing...

7.Most stressed about recently : stress dgn apa yg berlaku skrg nih - kemelesetan ekonomi, masalah politik negara dan serangan H1N1 a.k.a selesema ****!!!

8.What is your dream about future : ada syarikat @ empayar sendiri, ada jaminan masa depan (rumah, kereta, tanah & wang simpanan utk kegunaan waktu susah), keluarga bahagia =) & dunia kembali aman

9.Do you have someone you like : Errk! Perlukah diberitahu di sini? Malulah...#^^# Tapi "someone" tu takder di sini; first time jumpa dia masa join delegasi di Thailand bulan lepas (yg penting dia bknlah org Malaysia!)

10.Will you visit your ex-teacher in a classmate gathering : Mestilah, tp mana yg dpt jumpa aje la.

11.Most happy to hang out with :kengkawan, my neechan n my family

12.If two of your friends are having conflicts : kalo depa bergaduh aku memg tak campur ek, tp kalo depa dtg nak minta nasihat atau pandangan, aku bagi mana yg termampu je demi menamatkan konflik antara depa

13.Where is preferably the place to go with your lover : semestinya di pusat peranginan atas bukit...mcm di Kundasang, Sabah. Kalo kat tepi pantai, aku rasa paling romantik di Pulau Phi Phi, Krabi dan Pantai Sichon, Thailand! =P

14.What to do in Christmas : Aku sambut raya je ekk!

15.Who do you want to celebrate Christmas with : Jawapan yg sama seperti di atas

16.Bad habit on waking up early in the morning : Paling liat nak bangun pagi (sama mcm Lina, mesti kena ada org kejutkan baru le bangun!)
17.How many siblings do you have : Seorang kakak
[info]zanna_hime85  dan dua adik (sorg pompuan n sorg lelaki) yg x kurang hebat nakalnye
18.Favourite song(Female) : Distance by Utada Hikaru (tiga tahun aku tak jemu dengar lagu ni x henti!)
19.Favourite song(Male) : Mahligai Kasih by UNIC (kump nasyid lelaki ekk)
20.Favourite Colour : Pink, red, lavender, peach and silver

21.Flush before using the toilets? : Mestilah, ingat aku ni manusia jenis pengotor ke? Sheesh!

22.Love me not? : Errk! Dunno...

23.Affectionate to guys or girls : rasanya aku takder la "aura" yg mampu menarik perhatian sesiapa (x tau la bagi org lain camne, korang je la yg tahu mcmana kan??)

24.What do you want to shout out loudly : "BORINGNYE!!!"

25.Do you dare to go toilets alone in the middle of the night? : Kalo dah tak tahan tu, sanggup pegi wpun tpaksa bseorgan

26.Will you take off your undies in while in the WC : Haiya, soalan mcm ni pon ada ka? Bodoh ke apa?

27.Who’s the bastard : Manusia yg pentingkan diri sendiri, manusia yg lupa asal usul dan agamanya dan manusia yg hipokrit

28.What’s the current affection : iPod, iPhone (ntah bila la boleh merasa tu sume?)

29.Ugly when asleep: Rambutku serabai....wahhhh!

30.Whats the time now : lagi dua minit jam 2 pagi waktu Kuala Lumpur (waktu ayat ini ditaip)

31.Do you hate the person who tagged you : Pasai apa aku benci dia sebab dia kan bestfren aku sejak di bangku kelas mengaji..huk3

32.Weight : --TOP SECRET--

33.Weather today : Panas wpun pagi semlm hujan lebat

34.Are you pregnant : Astaghfirullahal azim...aku menikah pon belum ye, jgn pandai2 nk tanya soalan ni

35.What will you do if you win a lottery : mana bleh main loteri - HARAM

36.An activity that must be done while in the Uni -life : pegi kuliah, pegi library, tinggal di kolej (berkawan dgn monyet yg ske geledah tong sampah setiap awal pg n lewat ptg kecuali hujan lebat), ambik exam, join projek kolej dan fakulti...tu je la kot?

p/s: Maaf - soalan yg ke-37 tidak dpt dijawab disebabkan member berdaftar penulis hanyalah 2 org sahaja...waaaaaaa!!!! Kera sumbang ke hapa Zaini ni?




1 Jun 2009 - Majlis sambutan di bangunan Canseleri Walailak University



2 Jun 2009 - ceramah khas "Minoriti Muslim-Melayu di Nakhon Si Thammarat" oleh Aajaan Kitti Ali-ae



Aktiviti PnP BM & BI di Sekolah Panyasaratham


5 Jun 2009 - Kajian lapangan di pkampungn org Melayu - Kg Chabang Empat, Ban Wat Nhod & Kg Yan Duan


6 Jun 2009 - Jalan2 + shopping di bandar Nakhon Si Thammarat


7 Jun 2009 - Aktiviti kembara bersama buddy Kelab Bahasa Melayu WU







Home-stay = program bersama keluarga angkat


Pintu masuk terminal feri Krabi




bercanda di pantai Pulau Phi Phi


anak dara pingitan di rumah tok imam (paling kanan - berdiri)


kuliah di Walailak University

Majlis Perpisahan 27 Jun 09


Mak angkat yg sgt "lucky" - dpt hadiah cabutan bertuah 2 kali


kenangan terakhir bsama family angkat


yg tgh2 tu la buddy aku - Nadieya. Comel tak?


Coretan kenangan di Thailand

  • Jul. 22nd, 2009 at 1:48 AM

Salam...sawadiika! He3 mcm la pandai ckp bhs Thai padahal kenal hurufnye pun tidak, hu3!
Sejak pergi ke Thailand sampai la dah balik ke Malaysia aku biarkan je blog ni sampai berhabuk 1 inci. Bukan apa, masa aku masih lagi di Thailand bulan lepas aku langsung tak berkesempatan nak post apa2 cerita di sana (maklumlah kalo aku menaip blog; 5 jam pun tak cukup lg tuh!). Lepas tu pulak aku langsung takde mood nak “blogging” bila dah bergelar “penganggur yg berjaya” ni. Malam ni plak ntah tetiba aku rasa nak blogging balik, tapi takder la aku nk cerita panjang2  tentang apa yg berlaku sepjg sebulan di sana. Nanti ada yg kata blog aku dh mcm buku novel – pjg berjela2! Tentu sakit mata kalian bila membaca ceritaku yg pjg lebar tu. Aku cuma nak share apa yg aku rasa dan alami apabila aku menjejakkan kaki ke bumi Siam nih.

Sejak awal lagi apabila namaku terpilih mjadi salah seorg peserta Delegasi ke Thailand nih, aku yakin tentu ada hikmah di sebaliknya. Lebih2 lagi bukannya sedikit cabaran yg aku terpaksa hadapi demi menjayakan projek ni. Maaf cakaplah, projek kami ni seolah2 “dianaktirikan” atau mungkin juga “seperti anak buangan – spt bayi yg dilahirkan ke dunia tanpa perhatian dan kasih sayang drp ibu bapanya”. Mungkin ayat di atas agak kasar tapi itulah hakikat sebenarnya. Rasanya tiada siapa yg peduli adakah projek ni berjalan atau tidak? Sampai ada yg berkata; “kenapa saya boleh tak tahu tentang projek ni? Saya ingat projek APM yg ada cuma projek Delegasi ke Beijing dan Riau sahaja!”

Di sini aku bukanlah hendak meluahkan rasa tidak puas hati pada pihak2 tertentu, tapi aku haraplah sangat  lepas ni sebrg projek yg hendak dilaksanakan mesti diberi perhatian dgn adil dan saksama. Jgnlah sampai ada yg terpinggir pulak. Bagi aku sikap “bias” ni mesti dihapus sama sekali!

Okay2, aku malas la nak membebel lagi pasal tu, lgpun benda dah lepas. Yg penting, syukur kpd Allah S.W.T kerana atas keizinan-Nya, projek ni akhirnya menemui kejayaan dan meninggalkan seribu kenangan manis yg pastinya  takkan luput di ingatan. Bagi aku, siapa yg tak join projek ni hari tu memang rugi besar. Banyak pengalaman yg telah aku perolehi – pengalaman yg paling mahal dan takkan boleh dibeli walau dgn paun sterling sekalipun. Bermesra dgn warga Thai yg memg terkenal dgn keramahan dan senyuman yg manis =), malah mereka jg sbenarnya mudah memberi pertolongan dan kerjasama. Apa yg lebih mengharukan, mereka; lebih2 lagi warga Thai Muslim berketurunan Melayu dari Kedah dan Kelantan sbenarnya  berbesar hati menerima kehadiran kami. Program homestay bersama keluarga angkat (hehe, pertama kali dpt keluarga angkat dari Thailand!) benar2 dpt mjalinkan hubungan antara dua negara yg sememangnya serumpun. Wpun pd peringkat awal agak sukar utk berkomunikasi  dgn mereka (x semua org Thai tahu berbhs Melayu atau Inggeris) tp tu sbenarnya bknlah halangan utk mgenali mereka dgn lebih dekat lg.

Secara jujurnya, aku memang tak sempat berasa bosan atau berasa mahu cepat balik ke tanah air, cuma sesekali berasa rindu dgn keluarga di Malaysia – itu memg x dpt dielakkan. Ada sahaja aktiviti yg perlu dijalankan sehari suntuk – dari pagi sampai malam! Mengikuti kuliah di kampus Walailak, mengajar bahasa Melayu + BI di sekolah, program homestay, kajian lapangan di beberapa buah perkampungan org Melayu di sekitar Thasala dan NST, mengadakan persembahan nasyid sempena majlis Maulid Nabi di sebuah kampung di Thasala...tak campur lagi bershopping sakan di bandar Nakhon Si Thammarat (aku tak shopping sakan ekk, nk jimat budget!), melancong di Krabi dan Pulau Phi Phi dan aktiviti kembara bersama Buddy Kelab Bahasa Melayu Universiti Walailak yg mbuatkan aku pengsan semalaman =P Mana taknya, buddy2 sekalian tu rupanya buat “kezutan” kat kami. Pd mulanya kami sangka cuma bersantai di air terjun sepjg hari, rupanya kami diberitahu ada 3 tempat yg wajib kami pergi – mendaki bukit di Ta Lay Mok, jelajah ke dlm Gua Hong dan akhir sekali barulah dpt mandi air terjun di Ai Kheo! Hah! Buat pertama kali dlm hidup aku masuk ke dlm gua, di Thailand pulak tu! Kalau di Malaysia, jgnkan Gua Niah, Gua Kelam pun tak pernah masuk! =P Memang begitu “adventurous” hari tu; seksa dan sakit satu badan tp seronok sangat!

Apapun, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua yg telah menjayakan projek Delegasi APM ke Universiti Walailak, Thailand yg bagi aku antara projek paling “best” antara byk projek yg pernah aku sertai sepjg 3 tahun bergelar mahasiswi UM. Pertama sekali, terima kasih kpd TNC (Akademik & Antarabangsa) kerana telah “membuka laluan” bagi projek ini dgn meluluskan serta memberi tajaan supaya projek ini berjalan dgn jayanya. Aajaan Abd Razak Panaemalae yg dah jadi mcm “ayah angkat” kami – bersusah payah merancang tentatif program yg memg bikin gempak dan menguruskan segala2nya demi kelancaran projek ini. Aajaan Patrick Jory (sejarah Thai), Aajaan Jirawat (pgajian filem Thai), Aajaan Suebphong dan Aajaan Somjai – pensyarah kelas bhs Thai yang sangat “happening” – wpun sampai skrg x la fasih berbahasa Thai tp kalo setakat perkataan yg simple dan nyanyi lagu “Chang Chang Chang” (lagu gajah) tu boleh la. Apa orang Thai kata; “dek noi”..(sikit-sikit...) – khop khun maak ka, aajaan...! Buat keluarga angkatku - En. Ziyadi dan Puan Hasnah sekeluarga terima kasih atas layanan yg telah diberikan, semoga hubungan kita terus berkekalan sampai akhir hayat! Zai rindu pada kalian! Last but not least, “buddy2” – Abdullah (Dollah), Abdul, Sham, Adil, Ismail, Azmila, Nadieya (buddy aku yg kawaii) dll (sorry tak tahu nama sumenya), serta classmate Pengajian Malaysia di School of Liberal Arts – korang memang best! Buat Asman yg aku mula kenal masa majlis Maulid Nabi hari tu – thanks for everything – kalau dtg ke Malaysia jgn lupa beritahu. Terima kasih atas segalanya dan aku sangat merindui kalian...! Semoga kita akan bertemu lagi, Insya Allah...

Team Delegasi APM ke Thailand – we’re the best! Terima kasih buat kalian yg dah byk membantuku dlm kesusahan (terutama bab menumpangkan aku naik beskal, he3! =P). Andai aku ada terkasar bahasa dan tersalah perbuatan sepjg kita berkenalan, ribuan ampun dan maaf kuhulurkan.

 

...aku berasa ada sesuatu yg tertinggal di sana – sekeping hatiku!




p/s: Nk tgk gambar2 lain boleh tgk kat laman Facebook aku - byk aku upload kat situ.

Menghitung hari...

  • May. 20th, 2009 at 8:51 PM

Korang mesti nak tahu apa aktiviti aku buat masa ni. Jeng..jeng..jeng! Makan n tido! Kui3! Isssh...xder la, korang ingat aku spesies mcm ni ke? Sebenarnya skrg ni aku terlibat dgn 2 projek besar (projek mega la ni)...Projek Delegasi ke Thailand pd akhir bulan ni dan Projek Permainan Tradisional Digital utk pertandingan anjuran Suruhanjaya Komunikasi Malaysia pd November ni. Tapi sejak dua menjak ni aku sgt sibuk menyiapkn grafik utk projek game congkak sbelum aku berangkat ke Thailand 30 Mei ni sampai aku blum prepare apa2 lg utk projek Thailand tu! Hu3...kalo korang nk tahu aku x study satu hapa pun bhs Thai, apatah lg huruf2 dlm bhs Thai tu...dan sungguh mendukacitakan jumlah kutipan  tajaan  langsung x menampakkan apa2 progress...hmm mungkinkah kerana salah timing tatkala ekonomi negara dilanda kemelesetan...sedih! Waaaaaa!!!!! Cabaran nie...
27 Mei nanti ada meeting projek Game Congkak, sepatutnya hari ni (20hb) tp ntah kenapa ditunda pd minggu depan...apapun dlm bberapa hari ni aku mesti bereskan sgala kerja grafik so aku boleh pergi ke Thailand nanti dgn hati yg tenang =P
Aku menghitung hari2 di kalendar...ketika post ini ditaip, sudah tinggal sepuluh hari lagi rupanya! Ahh...aku belum berkemas pakaian dan beli brg keperluan ke sana...maklum dh la aku berada di sana hampir sebulan! Apapun, kawan2 doakan kejayaan projek ni okay! =D

Sayonara...KKTAZ...T_T

  • May. 8th, 2009 at 5:29 PM

Jam 1630 (4.30 ptg)...dgn rasminya aku "check out" wat kali terakhir di ofis kolej td. Sedey...memg sedey, tp aku x terdaya menangis lg krn air mataku telah lama kering. Cuma hati ini masih lagi terasa pilu mengenangkn malam ni aku bakal meninggalkn "rumah keduaku" yg tlh tiga tahun aku menetap di situ. Sampai skrg aku masih lg x caya bahawa aku tlh menetap di kolej selama 3 tahun aku "mengaji" di UM nih. Setahu aku, Mak usu aku yg dulu belajar di UKM spt aku juga, tinggal di kolej dari tahun pertama sampai tahun akhir.
KKTAZ...kolej (asrama) pertama dan terakhir dlm hidupku sebab selama ni aku xpernah tinggal di asrama. Masa sekolah dlu aku cuma sekolah harian so xde experience tinggl di asrama. Tapi...kolej di universiti berbeza ngan asrama di sekolah wpun memg ada psamaannya. Apapun, selama tiga tahun di sini tlh byk memori dan kenangan manis, pahit, masam masin bla3 telah terpahat dlm ingatan. Lebih2 lg selama tu juga kawan2 sekolej dan sekelas tlh mewarnai hari2 ku di kampus. He3...aku nk remain balik no bilik aku selama 3 thn nih;
Tahun 1 (2006/2007) K2-3-02 (masa Haluansiswa aku tinggl wat smentara di K1-1-21)
Tahun 2 (2007/2008) S1-B-08
Tahun 3 (2008/2009) K1-1-19
Bila dh nk tinggalkn "kolej tercinta" ni...setiap kali aku melalui foyer, lobi, kafe, kedai, blok asrama, Laman Perindu dan boleh dikatakan sume kawasan (kecuali kwsn hutan n bukit bukau kt belakang kolej!) aku akan terkenangkan segala memori di sini. Kenangan semasa Haluansiswa yg menyeksakn tp mematangkan fikiran dan sikapku, lepak2 kat bilik kengkawan, MGS 10-12 (dinner kolej), join projek, kelab n aktiviti kolej (masa thn 1 dlu la, aku memg aktif gak la join sana sini), teringat makcik gerai air (Makcik Nik Kelate) yg suka bancuh air yg manis mcm lori gula tumpah dan dia memg tahu yg aku suka order air sirap ros =P, gerai Kak Sara Chinese Food (kari tomyam yg femes), gerai nasi ayam Pak Abu (dia suka kutuk muka aku - "muka buruk"...menyampah! Tp xper, aku maafkn...) gerai masakan kampung Kak Misah dlu (rindunye lauk ikan keli goreng cili padi...emmm terliur dibuatnye!), dan aku teringat masa Tahun 1 KKTAZ mmg glemer ngan gerai2 makanan di kafe yg sedap bangat...tapi...sumenye dh jadi kenangan...
Ermm...di kolej ni la aku bertemu dgn "si dia", tp kejap je...sebab "dia" cuma bertahan di kolej selama satu sem; lepas tu dia dh tinggal di luar. Tapi masa tahun pertama sem 2 tu kerap jg jumpa "dia" sebab kadang2 dia makan ngan kawan2 dia kat kafe. Lepas tu jumpa lagi ngan "dia" dlm program anjuran kelab kolej di selatan tanah air. Sejak habis program tu..aku terus terpisah ngan "dia", sebab "dia" tak lagi dtg ke kolej ni. Maka tinggal la kenangan selama setahun "pertemuan tanpa kata" itu dlm lubuk hatiku..isskk...issskk!!! T_T Buat "si dia" andai terbaca post aku ni...ketahuilah bahawa ketika ini, masa ini aku masih lg teringat padamu....(Zaini, sudah2 la ngan jiwang karat tu)
Aku masih ingat lg, masa aku Tahun 1..ermm ye la waktu aku tak brape matang dan penakut naik teksi sorang2; aku minta tolong Mak Ngah dtg ke kolej n jemput aku sebab aku x biasa pegi Seksyen 17 sorang2. Lgpun dh lama tinggal di Sabah, aku dh jd x ingat nk jalan ke rumah nenek tu, hu3. Bila mak ngah sampai di kolej...dia kata dia cukup gerun sebab punye la jauh di hujung tanjung! (Bahasa kasarnye - "tempat jin bertendang"!) He3..walau pun kolej ni memg jauh dari kolej2 lain...tp aku dh biasa pun, malah aku enjoy jalan kaki dari kolej ni ke kelas dan library, menyihatkn badan! =D Anyway sejak ada perkhidmatan bas percuma ni kekadang aku malas berjalan =P Yang penting, sudah berdozen2 kasut yg "R-I-P" penangan berjalan kaki dari kolej yg jauh hujung tanjung tu!
Apapun sekalung penghargaan wat warga kolej coz' beri peluang kpd diriku utk menjadi penghuni tetap kolej selama tiga tahun ni. Walau byk kontroversi yg melanda dlu, aku tetap sayangkn kolej ni! Aku tetap berasa kolej ni ter"best" wpun kolej lain lebih best lg drp kolej ni sebab aku dpt rasakan aku begitu serasi tinggal di kolej "sarawak style" ni. (Hey, "si dia" pun dari sarawak gak! =P) Paling penting - kolej ni la satu2nya provide internet service paling laju dan boleh guna terus dr dlm bilik (sebab tu x pernah try nak pindah kolej dari dulu smpi skrg, betul tak? =P)

Last but not least....

THANKS 4 EVERYTHING -- SELAMAT TINGGAL--GOODBYE--SAYONARA KOLEJ KEDIAMAN TUN AHMAD ZAIDI (K10)!!! T_T--

...Entah bila aku akan dtg ke sini lg....?